Friday, June 28, 2013

From phone with love.

Hello hello. Testing testing one two three. 

Okay. Saja try update blog guna phone. 

Best lah pulak. Tak payah susah payah nak transfer gambar dekat laptop dulu la apa la. Terus update from phone. Fresh. Weheee. 




Class is about to start. Catch you later. Bye! 

Love, 
Acikoin.

Thursday, June 27, 2013

forever young


omg, its 2013 and i'm now 23. eh, not yet 23. hmmm how time really flies kannnn. rasanya baru je celebrate birthday yang ke lapan belas. pfft. alaa, bukan beza mana pun. 


ok. this one was 17 years back.


and this is the present. 



sama kan? sama cute je. tak ada beza. yang bezanya, gambar atas pakai lipstick uollsss!

ini bukan makanan aku




When it comes to laundry thingy; NAY. that is so not me. Seriously. Paling tak suka. Paling. Dulu kat rumah ini semua kerja kakak -kakak aku yang sangat baik; tak Nana, si Dila yang buat. Dari masuk washing machine sampai la ke jemur, angkat, lipat, gantung dan seterusnya semua diorang. Bukan aku. Tang kemas and masak, haaa tu memang makanan aku. Memang aku win (ehem ehem) even tak sedap mana pun. Tapi kalau suruh aku buat laundry kejadah ni memang boleh bawak bergaduh. Sumpah. Dekat miat dulu pun hantar dobi zara dekat seroja tu. Kalau budak miat, mesti tau dobi tu. Dobi yang tutup setiap hari jumaat tu. Wangi. Siap gosok lipat semua. Weekend kalau balik melaka pulak, kalau tak hantar dobi, aku bawak balik baju kotor yang mama kata macam nak balik setahun. Senang hati. Tapi bila dah duduk jauh ni. Semua kena buat sendiri. Laundry sini tak ada tukang lipat, gosok and gantung bagai.  Semua sendiri. Semua. Time ni lah rasa sayang yang tak terhingga dekat kakak-kakak aku yang sangat baik hati sebab buat semua kisah baju aku dari a to z. 


Ni, gambar ni, baju yang dah campur berapa kali punya laundry tah. Kalau nak ikutkan senang, gantung je semua pakai hanger. Tapi wardrobe kecik. Landlord ai kedekut to die. Ini dah berapa jam berkubang dengan baju-baju ni tah. And now, dikala aku sedang post natang ni, aku masih tengah struggle nak habiskan melipat dan menggantung. Selamat maju jaya, acikoin. Dila.....meh lah datang sini tolong akuuuuuu.. huwaaaa!!